Category Archives: Ekonomi

Teks Ucapan Bajet 2013

Kegiatan pengambilan untung jejas pasaran

PASARAN saham Asia kebanyakannya jatuh semalam akibat aktiviti pengambilan untung daripada pelabur di sebalik kejatuhan besar di pasaran Eropah dan Wall Street.

Emas juga turun sedikit daripada rekod tertingginya selepas mencapai AS$1,800 seauns buat kali pertama, tetapi yen mencatatkan peningkatan berbanding dolar ekoran pelabur melabur dalam aset lebih selamat.

Pasaran Tokyo ditutup 0.63 peratus atau 56.80 mata lebih rendah pada 8,981.94 sementara Sydney ditutup tidak berubah, jatuh 0.5 mata kepada 4,140.8.

Hong Kong jatuh 0.95 peratus atau 188.53 mata kepada 19,595.14. Indeks pula kehilangan 2.54 peratus pada pembukaan.

Bagaimanapun, di pasaran Seoul yang pada mulanya kehilangan kira-kira empat peratus, ditutup 0.62 peratus atau 11.20 mata lebih tinggi pada 1,817.44 sementara Shanghai naik 1.27 peratus atau 32.33 mata kepada 2,581.51.

Pasaran serantau terjejas pada pembukaan selepas kemerosotan di Wall Street dengan setiap satu daripada tiga indeks utama kehilangan lebih empat peratus dan Eropah pula dibelenggu kebimbangan ekoran daripada masalah hutang Amerika Syarikat (AS) dan Zon Euro.

Masalah di Eropah berterusan pada Rabu apabila khabar angin mengatakan Perancis berada dalam bahaya dengan kredit paling tinggi diturunkan taraf susulan pemotongan bersejarah kepada kedudukan AS.

Berikutan masalah hutang, Fitch yang menurunkan penarafan kredit Cyprus memberi maklum balas bahawa negara Zon Euro akan memerlukan dana penyelamat dari EU.

Greece berdepan lebih banyak masalah berikutan syarat pertukaran bon di bawah pelan penyelamat yang baru mungkin berpanjangan sehingga 2020 iaitu lebih lama daripada yang dirancang.

Langkah berkenaan turut menjejaskan pihak bank dan penanggung insurans yang sudah bersetuju untuk memotong sedikit bon Greek yang dipegang mereka.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy memendekkan cutinya untuk membuat pengumuman berhubung langkah baru bagi mengurangkan hutang secara besar-besaran sementara menafikan penurunan taraf tetapi gagal menghalang jualan habis-habisan sehingga 6.5 peratus di seluruh Eropah yang diterajui bank.

Bagaimanapun, pada dagangan awal semalam, saham Eropah melonjak dengan London naik dua peratus, Frankfurt 2.86 peratus lebih tinggi dan Paris menokok tiga peratus.

Pasaran Asia yang mengalami minggu tidak menentu, merudum sejak Jumaat hingga Selasa ekoran kebimbangan masalah Zon Euro dan penarafan hutang AS, sebaliknya melonjak pada Rabu selepas AS mengekalkan kadar pada rekod terendah untuk tempoh dua tahun.

Jualan besar-besaran awal pagi semalam dengan emas melonjak kepada rekod AS$1,814.50 hingga AS$1,815.50 seauns pada dagangan awal didorong oleh langkah pelabur melabur dalam aset selamat.

Bagaimanapun, ia susut sedikit untuk ditutup pada AS$1,782.50 hingga AS$1,783.50.

Yen ditutup tinggi menjangkaui rekod pasca perang dunia kedua dengan 76.25 berbanding dolar sekali gus melepasi minggu tidak menentu selepas gempa bumi dan bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu.

Dolar jatuh kepada 76.60 yen, berbanding 76.83 yen di New York kelmarin.

Minyak melantun daripada aliran rendah sebelum ini. Kontrak utama New York, light sweet crude untuk September meningkat 46 sen kepada AS$83.35 setong pada sesi dagangan tengah hari.

Brent North Sea crude untuk September melonjak 53 peratus kepada AS$107.21. – AFP

Ekonomi Malaysia berkembang tujuh peratus

EKONOMI Malaysia dianggarkan berkembang kira-kira tujuh peratus tahun lalu, kata
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, sementara sektor luaran mungkin dipengaruhi pertumbuhan global yang
lebih perlahan, momentum pertumbuhan permintaan tempatan dijangkakan akan
berterusan tahun ini, didorong oleh perkembangan kukuh aktiviti sektor swasta.

// “Paling menggalakkan ialah pelaburan swasta dijangka mengukuh dan menjadi
penyumbang penting kepada pertumbuhan itu,” katanya dalam ucapan pada majlis
makan malam menyambut peserta Mesyuarat Eksekutif Institut Kestabilan Kewangan
Bank-Bank Pusat Asia Pasifik Timur di Kuala Lumpur.
Di sebalik ketidaktentuan yang berterusan, Zeti berkata, Asia dijangka terus
menerajui pertumbuhan global, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh dan
sistem kewangan yang teguh.

Katanya, pemulihan aktiviti ekonomi sektor
swasta adalah faktor penting dalam mengekalkan prospek pertumbuhan yang kukuh di
Asia.

“Kita kini memasuki tahun kedua pemulihan global. Pemulihan pada
2010 pada umumnya didorong oleh prestasi cemerlang ekonomi baru muncul, terutama
di Asia,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan dijangka kekal kukuh
tahun ini, walaupun pada kadar yang sederhana berbanding tahun lalu.
“Di
sebalik prospek pertumbuhan yang sihat, Asia bagaimanapun perlu menangani kesan
perkembangan antarabangsa berikutan keterbukaan ekonomi dan kewangannya yang
tinggi,” kata beliau.

Zeti berkata, perhatian global kini bertumpu
kepada keadaan kewangan beberapa ekonomi maju, perkembangannya dalam perubahan
kewangan dan langkah monetari dan kewangan yang dilaksanakan dalam ekonomi yang
terjejas oleh krisis.

“Cabaran utama bagi kebanyakan ekonomi baru muncul
pada 2011 adalah pengurusan aliran modal yang amat bergolak.

“Pertumbuhan kukuh Asia telah dan akan terus menarik peningkatan tinggi
dalam kecairan global dalam bentuk aliran masuk modal ke rantau ini,” katanya.

Beliau berkata, ini memerlukan lebih perhatian oleh pembuat dasar di
rantau ini.

“Beberapa ekonomi global telah melaksanakan langkah
mengekalkan kestabilan makroekonomi dan kewangan,”