Tips Asas Cari Duit Lebih

Zaman ini zaman duit. Semua yang kita buat perlukan duit. Malah masuk toilat pun sekarang nak pakai duit. Pendek kata apa pun duit.

Bercakap pasal duit. Ramai yang tertarik. Banyak peluang- peluang yang ditawarkan untuk dapatkan duit. antaranya berniaga, pelaburan, skim itu skim ini. Buatlah apa pun produk yang boleh jana duit mesti ada yang tertarik dan terikut. Yang betul bagusla, tapi yang kaki kencing tu yang tak sedap. Itulah penangan duit. Manusia boleh jadi apa sahaja asalkan boleh menjana wang.

Berhati-hatilah dalam mencari duit jangan termakan diri sendiri. Banyakan bacaan dan penyelidikan dalam menilai peluang mendapatkan duit. Gunakan kebijaksanaan kita sebagai manusia yang berakal untuk menentukan baik buruk sesuatu peluang.

Beberapa perkara perlu kita pertimbangkan sebelum tercebur dalam kancah menambah pendapatan. Moga tip2 ini boleh menjadi panduan kepada kita untuk membuat keputusan.

Tetapkan Matlamat. Asasnya apapun yang hendak kita buat perlulah tetapkan matlamat. Untuk apa kita berniaga, untuk apa kita melabur. Disitu kita boleh rancang bagaimana kita mengatur strategi bagi memastikan matlamat kita mampu tercapai.

Sumber matlumat yang kukuh. Jangan terpedaya dengan tawaran promosi dan kata2 manis yg dijanjikan. Selidik dulu setiap apa yang ditawarkan. Memang tidak dinafikan ada yang berjaya. Tetapi bukan asasnya sebab orang dah berjaya kita pun terpengaruh. Pastikan kita tahu latarbelakang syarikat, sumber kewangannya, sejarah perniagaan dan lain2 maklumat yang mampu menjadi garispanduan kepada kita.

Kemampuan sendiri. Jangan terpengaruh dengan orang-orang yang berjaya. Walauapa pun janjinya nak pastikan kita boleh berjaya… Tetapi berjaya atau tidak bukan teletak pada mereka tetapi pada kita. Lihatlah kemampuan kita tidak kira dari segi kewangan, masa, kemahiran, pengetahuan. Jangan sampai bergolok gadai hanya untuk memulakan perniagaan atau pelaburan. Gunakan masa dengan baik untuk pastikan tidak menganggu masa kualiti untuk perkara2 lain. Skill kita juga perlu jika tak kalau orang tanya pasal busines kita tak pasal2 ternganga……. Pahami betul2 apa yang kita buat sebelum nak suruh orang lain buat apa yang kita buat. Jangan paksa orang ikut kita kalau dia tak nak.

Keboleh pasaran. Ini juga faktor penting dalam membuat keputusan untuk menceburi perniagaan/pelaburan yang ditawarkan. Lihat tren terdahulu, jangan terus yeskan aje hanya kerana orang lain berjaya. Gaya pemasaran, produk dan faedah yang ditawarkan perlu diselidik agar kita tak syok sendiri dengan apa yang kita tawarkan. Kaji pesaing dan lihat sama ada kita mampu atau tidak untuk melakukannya.

Semoga apa yang hendak kita lakukan akan membuah hasil dan tidak memerangkap diri sendiri. Tepuk dada tanya hati.. Jangan terikut2 orang lain kalau kita tak bersedia…

Jadilah diri sendiri…. Jangan jadi orang lain

Advertisements

Posted on October 15, 2013, in Kewangan. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. ,Bg NB B
    .B,B . TB b, B, bVt,bm
    B, , b.
    YY yy yy y. Y v. y.

    Y yy. Y

    .

    . T y. T.
    Y. Y.

    yb ,y.
    , B. Y,y y

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: