Petua Untuk Menolak Memberi Hutang

A. Berhati-hatilah untuk memberikan hutang kerana kebiasannya mereka yang datang pada anda merupakan samada saudara mara ataupun sahabat atau kenalan rapat. Saudara amara akan menggunakan alasan persaudaraan untuk terpaksa anda memberikan mereka hutang. Walaupun kadang kala alasan untuk berhutang adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

B. Kawan-kawan pula akan menggunakan rekod persahabatan dengan anda selama ini untuk meyakinkan anda. Biasanya agak sukar menolak permintaan kawan yang tidak pernah minta duit dari anda. Tetapi jika dia adalah orang yang sama sering minta hutang tetapi tidak bayar, agak mudah sedikit untuk menolaknya.

C. Walaupun anda ada banyak wang dan tidak ada masalah untuk meminjamkan atau memberikan wang pada orang, anda tidak sepatutnya merosakkan kawan atau saudara dengan memudahkan mereka meminjam daripada anda. Orang yang terbiasa selesaikan masalahnya dengan berhutang pada kawan-kawan tidak akan segan silu untuk mengulanginya lagi setiap kali ada kesempatan. Walaupun mereka berkali-kali berhutang tetapi tidak pernah bayar, mereka akan tetap datang untuk menjadikan anda mangsa. Ini disebabkan mereka sudah menjadi pakar merayu dan meyakinkan anda untuk mengeluarkan duit. Bagi diri mereka pula sebenarnya telah rosak jiwanya kerana mengambil jalan mudah dan tidak kisah untuk tidak bayar hutang.

1. Jangan dengar dan menghayati sangat alasan yang diberikan oleh rakan atau saudara sebelum membuat sedikit kajiselidik.

2. Telefon beberapa kenalan lain untuk selidik sejarah hutang mereka. Semak sekurangnya pada 3 orang untuk dapatkan kepastian.

3. Jika kawan tersebut jarang berhutang, dan jika berhutang pun tidak pernah mungkir janji membayar, anda akan mudah mengetahuinya dari kawan-kawan. Kawan sebegini tidak akan berhutang kecuali benar-benar memerlukannya.

4. Jika kawan itu kaki hutang dan amat sukar membayar, anda akan mudah mengetahuinya dari rakan-rakan. Ini di sebabkan mereka sudah mula membina tabiat yang merosakkan diri mereka.

a. Orang begini elok jangan diberikan hutang.

b. Cara melepaskan diri mereka adalah dengan memberikan hadiah dalam jumlah yang anda selesa. Biasanya berikan saja RM100 atau lebih dan katakan padanya tidak perlu bayar.

Advertisements

Posted on August 5, 2013, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: