70 Peratus Keluarga Di Malaysia Berjaya Keluar Daripada Garis Kemiskinan :: Bernama.com

KEPALA BATAS, 7 Dis (Bernama) — Usaha kepimpinan Barisan Nasional yang mengutamakan bidang pendidikan kepada rakyatnya membuahkan hasil apabila lebih 70 peratus keluarga di Malaysia berjaya keluar daripada garis kemiskinan berikutan kejayaan anak-anak mereka mendapat pendidikan tinggi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Katanya kejayaan Malaysia adalah kerana sejak merdeka, kerajaan pusat memang mementingkan bidang pendidikan kepada rakyatnya dan setiap tahun, 20 peratus daripada belanjawan akan diperuntukkan untuk bidang berkenaan.

“Sejak dulu lagi kepimpinan BN sentiasa memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dan selepas 55 tahun merdeka kita memperoleh hasilnya iaitu rakyat Malaysia berjaya keluar daripada garis kemiskinan, katanya.

Beliau berkata fenomena itu bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi juga kelompok setempat dan ekonomi negara.

“Kalau dulu iaitu selepas merdeka, tujuh daripada 10 keluarga masih dalam kelompok miskin tetapi selepas dua generasi iaitu sekarang lebih 70 peratus keluarga telah berjaya keluar daripada garis kemiskinan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 144 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi Parlimen Tasek Gelugor, di sini, Jumaat.

— BERNAMA

http://web7.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=714820

Advertisements

Posted on December 8, 2012, in Kewangan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: