Wanita Bijak Menyimpan- Utusan Malaysia 31 Jan 2012

Wanita yang bekerja perlu belajar untuk menyimpan dan membuat bajet ke mana wang mereka akan dibelanjakan. – Gambar hiasan

KALAU lelaki ke kedai runcit, barang yang dibeli pasti yang memang sudah dirancang dari rumah. Kalau perempuan pula, pasti ada dua atau tiga barang ‘ekstra’ dari senarai barangan yang hendak dibeli pada asalnya.”

Ini petikan yang selalu dituturkan dari satu generasi ke satu generasi. Persoalannya benarkah wanita sukar merancang kewangan?

Perunding kewangan bertauliah, dari Whitman Independent Advisor Sdn Bhd., Yap Ming Hui berkata, rata-rata wanita di negara ini bekerja dan memperoleh wang sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

Begitupun, mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu wanita bekerja sudah berkahwin, belum berkahwin, sudah berkahwin dan mempunyai anak, bercerai dan ibu tunggal.

“Golongan wanita apabila sudah mendapat kerja, perkara pertama yang perlu ada dalam fikiran mereka bukanlah baju baru atau kereta baru. Tetapi paling utama memikirkan tentang simpanan.

“Antara cara terbaik untuk wanita terutama bumiputera ialah dengan melabur dalam Amanah Saham Bumiputera.

“Caranya mudah, jika gaji anda sudah ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jadikan rutin menyimpan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pendapatan bersih, jika bekerja sendiri dan tiada caruman maka cuba ambil lebih untuk simpanan dan kemudian barulah untuk urusan lain,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Ming Hui, wanita yang sudah bekerja mesti belajar menyimpan, membuat bajet dan catatan ke mana wang mereka dibelanjakan.

Ini memang menuntut disiplin, namun ia amat penting bagi memastikan seseorang wanita berkerjaya menguasai pendapatannya dan bukan menjadi ‘mangsa’ kepada pendapatan sendiri.

“Sebagai panduan, saya telah menyediakan satu jadual dalam bentuk soft copy yang boleh dimuat turun dari website saya www.yapminghui.com.

“Di situ saya sudah meletakkan jadual dan panduan pelan perbelanjaan asas dan praktikal yang boleh diikuti oleh semua yang mahu merancang kewangan mereka dengan baik,” katanya.

Menurut Ming Hui lagi, pelaburan dan simpanan adalah dua perkara yang sama maksudnya. Cara menyimpan pula boleh sama ada melalui simpanan tunai atau menerusi pembelian aset seperti rumah.

“Perlu diingatkan membeli kereta bukanlah satu pelaburan. Ramai anak muda sekarang mula sahaja bekerja sudah beli kereta.

“Perancangan kewangan yang betul sepatutnya pembelian kereta itu ditangguhkan. Sebaliknya cari kediaman yang berdekatan dengan pengangkutan awam dan anda boleh berjimat di situ.

“Bukan tidak boleh beli kereta tapi perlu simpan dahulu sekurang-kurang untuk duit muka supaya ansuran bulanan tidak terbeban. Simpan dulu, nikmatinya kemudian,” jelasnya.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar WAHIDIN SALIM

Utusan Malaysia 31 Jan 2012

Advertisements

Posted on February 5, 2012, in Kewangan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: