Tabung Haji umum bonus enam peratus- Utusan Malaysia 4 Feb 2011

JAMIL Khir Baharom bersama Dr. Mashitah Ibrahim, Abi Musa Asa'ari, Ismee Ismail (dua dari kanan) menunjukkan kadar enam peratus bonus pendeposit Tabung Haji ketika mengumumkannya di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 3 Feb. – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pembayaran bonus kepada para pendeposit sebanyak enam peratus bagi 2011 berbanding 5.50 peratus tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembayaran bonus kepada 6.96 juta pendeposit itu akan dibuat bermula pada Rabu ini.

Beliau berkata, pembayaran itu dibuat setelah mengambil kira peruntukan pembayaran zakat perniagaan TH sebanyak RM44 juta bagi tahun lalu berbanding RM41 juta tahun sebelumnya.

“Pembayaran kadar bonus 2011 melibatkan RM1.67 bilion iaitu meningkat 25 peratus berbanding 2010 iaitu RM1.33 bilion.

“Peningkatan kadar pembayaran bonus itu selaras dengan kejayaan TH yang buat kali kedua berturut-turut mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion iaitu RM2.2 bilion pada tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail.

Pertumbuhan saiz dana pendeposit tahun lalu meningkat 17 peratus iaitu RM31.7 bilion berbanding 2010 pada sekitar RM27.11 bilion.

Jamil Khir berkata, perbelanjaan operasi TH adalah terkawal walaupun ada peningkatan ketara akibat kenaikan kos tanggungan haji berjumlah RM105 juta tahun lalu berbanding RM65 juta tahun sebelumnya.

“Ini menggambarkan bahawa pelaburan TH telah menghasilkan pulangan yang baik dan perbelanjaan operasi telah dapat dikawal secara berhemah,” katanya.

Sumber-sumber utama pendapatan TH bagi tahun lalu adalah daripada pelaburan ekuiti pada kadar 58 peratus dan daripada angka itu, 25 peratus adalah pendapatan dividen dan 33 peratus keuntungan urus niaga saham.

Penyumbang kedua terbesar ialah pelaburan sekuriti hutang terutamanya bon Islam yang menyumbang 15 peratus pendapatan TH pada 2011.

Ia diikuti hartanah (9 peratus), pasaran wang (7 peratus), pembiayaan (6 peratus), instrumen kewangan (4 peratus) dan lain-lain sumber ialah satu peratus.

Utusan Malaysia 4 Feb 201

Advertisements

Posted on February 4, 2012, in Kewangan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: