Belum kahwin boleh beli rumah cara Islam- Utusan Malaysia 24 Dis 2011

SAYA dan tunang berhasrat membeli rumah secara bersama tetapi persoalannya, bolehkan pembiayaannya dibuat menggunakan nama saya sahaja.

UKURAN kelayakan yang digunakan dalam pembiayaan Islam adalah seperti mana yang digunakan dalam pinjaman konvensional cuma kaedahnya mematuhi prinsip Syariah. Memandangkan terdapat semakin banyak bank Islam yang bersaing untuk merebut perniagaan dan peluang yang sama, jika anda meneroka pilihan yang ada, Insya Allah anda akan memperolehi pembiayaan perumahan yang bersesuaian anda. Lazimnya, kita sendiri yang mengehadkan pilihan yang kita ada sebelum menyelidiki sepenuhnya semua pilihan. Kembali kepada persoalan sama ada pembiayaan Islam membenarkan pasangan yang belum berkahwin untuk memohon pembiayaan gadai janji tunggal atau bersama, jawapannya ialah ya!

Pembiayaan boleh dilakukan dalam apa jua bentuk sama ada secara tunggal atau bersama. Pembiayaan boleh diambil bersama isteri, ahli keluarga, adik-beradik dan juga tunang selagi semua pihak yang terbabit bersetuju. Dalam kes Encik Ahmad yang mahu membeli hartanah atas dua nama dan memohon pembiayaan sendiri, kaedah ini dibenarkan di mana pembiayaan akan diberikan berasaskan Gadai Janji Pihak Ketiga. Dari segi Islam, ini dikenali sebagai kontrak “Hibah” yang mana tunang Ahmad Kamel hendaklah bersetuju untuk membenarkan hartanah tersebut digadaikan kepada bank.

Pembiayaan pihak pertama atau ketiga diterangkan dengan ringkas di bawah untuk memudahkan kefahaman.

Pembiayaan/Gadaian Pihak Pertama
Pihak Pertama – Pelanggan / Pemohon > Penggadai

Contoh:

  • Suami dan isteri telah menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dan kedua-dua mereka memohon pembiayaan untuk memiliki hartanah;
  • ATAU

  • Suami menandatangani SPA dan memohon pembiayaan untuk memiliki hartanah

Pembiayaan / Gadaian Pihak Ketiga
Pihak Ketiga – Pelanggan/Pemohon dan Penggadai

Contoh:

  • Suami dan isteri telah menandatangani SPA tetapi hanya suami memohon pembiayaan untuk memiliki hartanah,
  • ATAU

  • Suami telah menandatangani SPA tetapi pembiayaan dimohon oleh kedua-dua suami isteri.

AHMED KAMEL ZAIDI

Utusan Malaysia 24 Dis 2011

Advertisements

Posted on February 1, 2012, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: