Monthly Archives: January 2012

Masalah Kewangan Punca Utama Pasangan Muda Bercerai

10 Faktor Mengapa Kebayakan Kita Mempunyai Kedudukan Kewangan Yang Tidak Teratur

4 sebab mengapa ramai orang susah untuk berjaya.

Bayaran Lewat Dalam Sistem Perbankan Islam- Utusan Malaysia 28 Jan 2012

Kos Tinggi Punca Lambat Kahwin?- Utusan Malaysia 5 Jan 2012

Berstatus Muflis Di Usia Muda- Utusan Malaysia 19 Jan 2012

Keliru Guna Dinar Emas- Harian Metro

Emas Kini Pelaburan Pilihan- Harian Metro

Bijak Urus Kredit Elak Dibelenggu Hutang- Harian Merto

Perangkap kad kredit- Harian Metro

SEJAK kecil lagi kita sudah diajar untuk menguruskan kewangan. Tidak logik jika ada sesiapa yang menyatakan tidak pernah langsung diingatkan oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing supaya berhemah dalam menggunakan wang saku yang diberi.

Walaupun nilainya duit yang diuruskan itu kecil seperti RM1, RM2 atau RM5, ia sebenarnya ia adalah pendidikan awal yang mengajar kita untuk menguruskan kewangan dengan bijak.

Selain diingatkan supaya berbelanja dengan berhemah bagi mengoptimumkan penggunaannya, kita juga sudah diajar supaya menabung setiap lebihan wang yang diperoleh.

Namun, entah mana silapnya, menguruskan kewangan secara berhemah menjadi satu masalah kepada kebanyakan kita pada hari ini iaitu apabila dewasa dan sudah mempunyai pekerjaan.

Buktinya, kira-kira 40 orang di bawah lingkungan usia antara 25 hingga 35 tahun di negara kita diisytiharkan muflis setiap hari, sekali gus menunjukkan bahawa kita memang mengalami krisis membabitkan soal pengurusan kewangan.

Berdasarkan laporan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hingga Jun lalu, rakyat kita menanggung hutang kad kredit sebanyak RM28.8 bilion. Jumlah ini hampir menyamai jumlah hutang kad kredit yang dicatatkan sepanjang 2010 iaitu RM30.8 bilion.

Masalah ini bukanlah disebabkan penerimaan gaji mereka yang rendah, sebaliknya muflis berikutan beban hutang kad kredit yang terpaksa ditanggung mereka. Lebih teruk lagi, bukan setakat muflis, rumah tangga yang dibina juga hancur dan bercerai berai dek penangan hutang ini.

Semuanya gara-gara berbelanja sesedap rasa dengan niat hutang kad kredit itu akan dibayar semula sebaik mereka menerima gaji bulanan.

Tetapi, apabila gaji diperoleh, mereka menangguhkan semula pembayaran hutang berkenaan dengan alasan untuk menggunakan wang itu bagi keperluan lain dan kononnya berjanji pada diri sendiri mereka akan membayarnya semula pada bulan berikut.

Dalam masa yang sama juga, mereka tidak memberhentikan tabiat berbelanja menggunakan kad kredit berkenaan yang akhirnya meningkatkan lagi jumlah hutang terbabit.

Ini hanya salah satu daripada beberapa sebab kenapa ramai daripada kita yang gagal menggunakan kad kredit dengan bijak dan terdapat lagi beberapa sebab kenapa kad kredit ini yang sepatutnya memudahkan urusan, sebaliknya bertukar menjerut tengkuk kebanyakan kita.

Ketika menerima tawaran atau membuat permohonan kad kredit, pasti ramai antara kita menanamkan niat dalam diri bahawa ia hanya akan digunakan waktu kecemasan.

Waktu kecemasan ini pula adalah apabila kita tiba-tiba kehabisan wang tunai dan gagal untuk mencari mesin ATM bagi mengeluarkan wang dan bukan waktu wang di dalam akaun kewangan juga turut habis.

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya kad kredit digunakan apabila wang tunai serta wang di dalam akaun kewangan juga turut kering-kontang dan bukti betapa kad kredit ini disalah guna berdasarkan niat yang asal.

Dengan kemudahan kad kredit, ia menjadi barah kepada manusia yang lemah menguruskan sumber kewangan dan boros ketika berbelanja. Ia akan merangsang nafsu membeli mereka yang lemah ini kerana merasakan tanpa duit, mereka masih mampu membeli apa yang mereka kehendaki.

Jadi, bayangkan betapa bahayanya penangan kad kredit ini terutamanya jika kita memiliki hingga tiga atau empat kad kredit di dalam tangan. Jawapannya mudah. Lagi besar periuk, maka lagi besarlah keraknya. Ia sama apabila kita berbelanja tanpa beringat tahap kemampuan kewangan kita.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusoff Abd Rahman berkata, cara paling selamat untuk mengelakkan seseorang itu dibebani hutang adalah dengan menggantikan penggunaan kad kredit dengan kad debit. Fungsi kad debit lebih selamat kerana ia berdasarkan jumlah wang yang masih berbaki di dalam akaun seseorang.

“Apa yang merisaukan ialah 40 peratus pengguna kad kredit di negara ini hanya menjelaskan bayaran minimum sekali gus menyebabkan hutang mereka bertambah kerana peningkatan kadar faedah.

“Jadi, sebaik-baiknya, kita gunakanlah kad debit ini sebagai ganti kad kredit kerana penggunaannya berdasarkan apa yang kita mampu dan bukan berdasarkan kemahuan yang melebihi kemampuan,” katanya.

Sebenarnya, perihal hutang ini sudah banyak dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis. Seboleh-bolehnya kita dianjurkan supaya mengelak daripada berhutang kerana ia adalah beban yang boleh membinasakan diri terutamanya jika tidak dapat mengawalnya.

Paling mudah, Rasulullah s.a.w menyifatkan hutang sebagai beban yang akan menghantui manusia setiap masa sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” (Riwayat Al-Baihaqi) Amatlah jelas bahawa sejak awal kedatangan Islam lagi, perihal hutang ini adalah satu perkara yang sudah menjadi permasalahan di kalangan manusia.

Walaupun pada waktu itu urusan pembelian membabitkan dinar dan sistem barter (pertukaran barang), amaran mengenainya banyak kali dinyatakan apatah lagi dalam kehidupan dunia masa kini yang menggunakan kad kredit sebagai salah satu cara untuk berbelanja.

Sebenarnya, untuk hidup dalam dunia yang menawarkan kad kredit ini bukanlah sukar kerana kad kredit hanya alat dan kita sebagai manusia diberikan akal yang akan menentukan cara kita berbelanja.

Asasnya paling mudah. Tepuk dada tanya selera.

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my

http://www.hmetro.com.my/articles/Perangkapkadkredit/Article/

Hutang isi rumah membimbangkan- Harian Metro

1,086 penjawat awam bankrap dan berhutang- Harian Metro

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

“Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam, dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib,” katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Seramai 1.2 juta penjawat awam di negara ini, terutama mereka yang berpendapatan sederhana iaitu RM3,500 ke bawah, digesa supaya lebih bijak dalam mengurus kewangan masing-masing agar tidak dibebani hutang, seterusnya diisytihar bankrap.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata pendedahan bahawa seramai 1,086 penjawat kerajaan diisytihar bankrap dianggap sebagai angka yang tinggi dan tidak sepatutnya berlaku.

Omar berkata pada masa ini 80 peratus daripada penjawat awam mempunyai pelbagai jenis hutang, termasuk dari bank mahupun koperasi, dan ia dipercayai didorong oleh kebolehan mendapatkan pinjaman dengan mudah melalui status sebagai penjawat awam.

http://www.hmetro.com.my/articles/1_086penjawatawambankrapdanberhutang/Article/

Dibelenggu Hutang Akibat Tidak Faham- Harian Metro

Tidak Bijak Atur Belanja- Harian Metro

449 muflis kerana kad kredit- Harian Metro