Monthly Archives: June 2011

Warkah Adam kepada Hawa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kuteruskan bicara buatmu,Hawa
Semoga kehadiran warkah ini tidak mengocak
kedamaian dan ketenangan hatimu.

HAWA
Sekali lagi kesedihan menyelubungi
hati ini.Hawa kemana hilangnya sopan-santun
dan hormatmu terhadapku?Kalau dulu,untuk
mengucapkan sebaris kata dihadapanku
sekalipun,kau hanya menundukkan pandanganmu
dan menyusun kata sebaik-baiknya dan seatur
mungkin..Namun hari ini,suatu kebiasaan jika
kuperhatikan malumu semakin lenyap!! Antara kita
seolah-olah tiada hijab yang menghalang dan kau
bisa menyapaku tanpa segan-silumalu itu
selayaknya kau punyai tapi apa yang terjadi
kini??????

HAWA
Apa yang amat
membimbangkanku,keadaan ini bisa menjadikan
kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah
Allah.Pergaulan yang kukira tak wajar antara
muslimin dan muslimat menenggelamkan ku
kedalam kekalutan perasaan,terlalu bimbang
kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika
dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa
ada batasannya lagi

HAWA
Mengapa tidak kau semaikan perasaan
malu itu di dalam hatimu???Mengapa Hawa yang
ku kenal dulu tidak lagi selembut dulu!!!Tutur kata
yang petah,alunan suara yang lantangsemua
keadaan ini mengheret aku ke dalam kesedihan
yang berpanjangan,,,,Kau bisa kusamakan dengan
teman-temanku yang lainjika keadaan ini
berterusan,suatu hari nanti,Hawa akan menguasai
dunia dan Adam hanyalah penyeri saja.Dulu,ku
sanjung tinggi peradabanmu yang kiranya
dibandingkan dengan kaummu di luar sana.Tapi
kini,kepercayaanku kian luntur taktala kulihat
batas-batasmu kian memudar,dan sedarlah wahai
Hawa,dirimu adalah wanita yang menyimpan
setinggi-tinggi maruahLantaran itu,usah terlalu
ghairah denganku, kaum Adam dan kita punya
benteng yang teguhjanganlah dirobohkan

HAWA
Fahamilah.ku tak ingin kau terlalu
menonjol diri,kerana bagiku Hawa adalah sebutir
mutiara yang terlalu mahal harganya.Terus-terang
ku katakana duhai Hawa, bukan kemarahanmu
yang kupinta, bukan sapaanmu yang
menggembirakan diriku,tapi mengertilah Hawa, ku
mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu
jangan diperdagangkan..

HAWA
Jika tersua muka,tundukkanlah
pandanganmu.Perlahankanlah suaramu dan
usahlah kau terlalu tampilkan dirimu meskipun
naluri kita saling memerlukan..Ingat Hawa,batas-
batas pergaulan di antara kita, itulah yang harus
dijaga

HAWA
Peliharalah tingkah laku mu tak kira
dimana-mana saja. Walaupun aku tak mampu
terus menerus memimpin dirimu seandainya kau
tersilap langkah. Tapi dengarlah Hawa, aku mahu
dirimu sedar!!!!Sedar yang diri mu bisa terhumban
dipesada kehancuran jikalau dikau membiarkan
dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala
ini.Kaumku,Adam tidak ingin membiarkan dunia ini
dimamah laknat Allah lantaran dosa yang kita
titipkan.

HAWA
Sekian dulu untuk kali ini. Ketahuilah
Hawa.aku amat merindui diri yang dulu
Wassalam..

Advertisements

Kita Dan Aurat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Sekian Terima(lah) Kasih

Petua Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.? (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Diambil dari blog Fairuz Sulaiman.

Disebalik Kekurangan

Seorg ibu di Cina yg sdh tua memiliki 2 buah tempayan yg digunakan utk mencari air, yg dipikul di pundak dgn menggunakan sebatang bambu. Salah satu dr tempayan itu retak, sedangkan yg satunya tanpa cela & selalu memuat air hingga penuh. Setibanya di rumah stlh menempuh perjalanan panjang dr sungai, air di tempayan yg retak tinggal separuh.

Slma 2 thn hal ini berlangsung setiap hr, dimana ibu itu membawa pulang air hanya satu setengah tempayan. Tentunya si tempayan yg utuh sgt bangga akan pencapaiannya. Namun tempayan yg retak merasa malu akan kekurangannya & sedih sebab hy bs memenuhi setengah dr kewajibannya. Stlh 2 thn yg dianggapnya sbg kegagalan, akhirnya dia berbicara kpd ibu tua itu di dekat sungai. “Aku malu, sebab air bocor melalui bagian tubuhku yg retak di sepanjang jalan menuju ke rumahmu.” Ibu itu tersenyum,

“Tidakkah kau lihat bunga beraneka warna di jalur yg kau lalui, namun tidak ada di jalur yg satunya? Aku sdh tahu kekuranganmu, jd aku menabur benih bunga di jalurmu & stp hr dlm perjalanan plg kau menyirami benih-benih itu. Selama 2 thn aku bs memetik bunga-bunga cantik utk menghias meja. Kalau kau tdk spt itu, maka rmh ini tdk seasri seperti ini sebab tdk ada bunga.”

Kita semua mempunyai kekurangan msg², Namun keretakan & kekurangan itulah yg menjdkan hidup kita menyenangkan & memuaskan. Kita hrs menerima setiap org apa adanya & mencari yg terbaik dlm diri mereka. Rekan2, smg hari kalian menyenangkan.

Jgn lupa mencium wanginya bunga2 di jalur kalian & hargai kekurangan qta.

Luangkanlah waktu utk mengirimkan pesan ini kpd semua orang yg anda kenal, agar qta selalu bersyukur didalam ketidak sempurnaan dalam diri kita, bersyukurlah selalu dengan apa yg kita punya..★*•

Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau.

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.” Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW..

Bijak dan Bodoh

..Tiadalah kebodohan di dalam kebijaksanaan, dan tiadalah kebijaksanaan di dalam kebodohan. Kerana keduanya adalah bertentangan…

Kalau Tidak Kerana

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.

Lihat Dirimu Dahulu

… usah mendambakan teman secantik BALQIS, andai dirimu tidak seindah SULAIMAN.. mengapa diharapkan teman setampan YUSOF, andai dirimu tidak setulus ZULAIKAH… tak perlu mencari seistimewa KHADIJAH, andai dirimu tidak sesempurna RASULULLAH SAW…

Jaga solatmu

jaga solat, utamakan solat, jgn ringgan2kan solat, titik beratkan solat, nasihatkan supaya solat,dahulukan solat, besarkan solat, dirikan solat kerna ia pembeza muslim atau kafir,, di akhirat kelak allah tukar yg takk solat berwajah babi n khinzir. –utz mohd zawawi yusoh

Manusia dan Kegagalan

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Pemberian Tuhan

Tuhan hanya memberikan yg terbaik, meski kadang tak sesuai keinginan. Tapi percayalah, Tuhan punya rencana yg jauh lebih indah.

Kerana Masa

Terlalu memikirkan masa lalu pun mencemaskan masa depan, dapat mengakibatkan kamu lupa bersyukur untuk hari ini.

Jangan Salahkan Orang Lain

Jangan pernah menyalahkan orang lain atas kesedihanmu, karena kebahagiaanmu adalah urusanmu. Kebahagiaanmu harus dari dalam dirimu.

kedamaian

Sekadar Peringatan Diri Sendiri

SEKADAR MENGINGATI DIRI SENDIRI

“Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka”

“Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai”

“Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut”

“Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam”

“Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar”

“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana”

“Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain”

“Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari”

“Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan”

“Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan……… ”

“Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai………”

“Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya”

“Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat”

“Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah”

“Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan”

“Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain”

“Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya”

“Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya”

”Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya”

”Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan”

”Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda’

“Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup”

‘Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama”

”Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya”

”Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah”

”Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini”

”Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca”

”Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada”

”Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia”

”Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai”

”Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal”

“Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku”

”Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia”

”Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya”

”Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan”

”Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi”

”Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan”

“Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan”

”Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu”

”Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan”

“Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya”

”Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama”

“Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian”

“Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan”

“Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat”

“Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan”

”Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri”

“Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar”

“Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar”

“Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia”

“Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya”

”Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya”

“Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan”

“Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri”

“Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan”

“Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang”

“Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati”

”Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit”

”Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian”